Hakcipta Terpelihara.. Powered by Blogger.
RSS

Fakta Sains Tentang Badan Manusia

FAKTA BADAN MANUSIA


1. Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia.

2. Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun.

3. Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Ia dihasilkan dalam tulang sum-sum anda. Ia berperanan penting mambawa darah ke seluruh tubuh anda.

4. Manusia mempunyai peringkat tidur yang menunjukkan pergerakan mata yang pantas (REM). Tidur REM merupakan kira-kira 25% daripada jumlah masa tidur dan selalunya apabila anda bermimpi dengan jelas.

5. Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda.

6. Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.

7. Badan manusia memerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat.

8. Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan.


Dipetik dari : http://www.pskt.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment